Friday, 22 August 2014

TAUBAT DAN ISTIGHFAR

Ayat 53-54 Az Zumar (39:53-54)
Firman Allah SWT :-
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba2Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan2 maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat2 kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberi pertolongan.

Rasulullah SAW bersabda :-
Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hambaNya, selagi roh belum sampai di kerongkong ( hampir dengan ajal) 
(HR Al Tirmidzi)

KELEBIHAN TAUBAT DAN ISTIGHFAR :-
- Disayangi Allah SWT
- Dido'akan oleh para Malaikat
- Diampunkan dosanya
- Diberikan pelepasan oleh Allah SWT dari masaalah
- Dimurahkan rezekinya
- Ditinggikan  kedudukannya di sisi Allah SWT
- Bertaubat itu adalah ciri orang yang beriman

Bertaubat sebenar2nya (Taubat Nasuha) adalah :-
A- TIDAK GAGAL SYARAT2 UTAMA TAUBAT
B- BERISTIGHFAR DAN BERDOA MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH SWT
C- MELAKUKAN SOLAT SUNAT TAUBAT ( ada yang berpendapat  tidak perlu)

A- SYARAT2 UTAMA TAUBAT :-
1- Berhenti melakukan/segera meninggalkan segala perbuatan dosa kerana Allah SWT
2- Menyesali/jijik/benci dengan perbuatan dosa yang dilakukan 
dan sedar akan kemudharatannya
3- Berazam tidak akan melakukan perbuatan dosa itu selama2nya.
Berasa takut dan risau akan kembali melakukannya.
4- Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, maka ia perlu diselesaikan

B- BERISTIGHFAR DAN BERDOA MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH SWT
(Jadikannya amalan harian)

1) ISTIGHFAR
Astaghfirulla_hal   'azhi_mal   ladzi_   la_ila_ha   illa_    huwal   hhayyul   qoyyu_mu   wa atu_bu   ilay_h
Aku mohon keampunan Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama2nya mentadbir (sekelian makhlukNya) 
dan aku bertaubat kepadaNya
2) ISTIGHFAR TAWHID
Astaghfirulla_hal   'azhi_mal   ladzi_   la_ila_ha   illa_   huwal   hhayyul   qoyyu_m
Aku mohon keampunan Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Tetap hidup, Yang kekal selama2nya mentadbir (sekelian makhlukNya)

Wa atubu   ilayhi   tawbata   'abdinz_   zho_limin
Dan aku bertaubat kepadaNya selaku taubat seorang hamba yang banyak berdosa

La_yamliku   linafsihi   dhorrol   la_naf'an
Yang tidak mempunyai daya membuat mudharat dan menafa'at

Wala_   mawtaw_   wala_   hhaya_taw_   wala_   nushu_ro_

Dan untuk mati dan untuk hidup mahupun bangkit nanti
3) SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)
Alla_hum_ma   ant_ta   robbi_   la_ila_ha   illa_   ant_ta   kholaqtani_
Ya Allah, Dikaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Dikau, Dikaulah yang menjadikanku

Wa ana_   'abduka   wa ana_   'ala_   'ahdika
Sedang daku adalah hambaMu dan daku di dalam genggamanMu

wawa'dika   mas   ta tto'tu

Dan daku di dalam perjanjian setia (beriman dan ta'at) kepada Mu

A'u_dzubika   minsh sharrima_   ssona'tu
Daku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang telah daku lakukan

Abu_u   laka   bini'matika   'alayya
Daku mengakui atas segala nikmat yang telah Dikau berikan kepadaku

Wa abu_u   bidzanb_bi_   faghfirli_
Dan daku mengakui segala dosaku, maka ampunilah daku

Fain_nahu   la_   yaghfirudz   dzunu_ba   illa_   ant_ta
Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa, kecuali Dikau

Amalkan membaca Sayyidul Istighfar selepas solat Subuh 
dan selepas solat Maghrib

Rasulullah SAW bersabda :-
Barangsiapa mengucapkan (Sayyidul Istighfar) di siang hari dalam keadaan yakin dengannya, kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, 
maka dia termasuk penduduk Syurga, 
Dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari, 
dalam keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum subuh, 
maka dia termasuk penduduk Syurga
(HR Al Bukhari)

4) DO'A TAUBAT BESAR


Astaghfirulla_hal   'azhi_m - 2 kali
Aku mohon keampunan Allah yang Maha Agung 
Astaghfirulla_hal  'azhi_mal   ladzi_   la_ila_ha   illa_   huwal   hhayyul   qoyyu_m,
Aku mohon keampunan Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal Selama2nya Mentadbir (sekelian makhlukNya),

Wa  atu_bu   ilayhi   mink_kulli   dzanb_bin   adznabtuhu,
Dan aku bertaubat kepadanya dari segala dosa yang aku kerjakan,
'Amdan   aw  kho tton,
sirron   aw   'ala_  niyatan,  
ssoghi_ron   aw   kabi_ro_,
Sengaja atau tidak sengaja, 
dengan sembunyi atau dengan terang2an, 
baik dosa kecil atau pun dosa besar,

In_naka   ant_ta   ghaffa_rudz   dzunu_bi,   
fata_hhul   qulu_bi,
Satta_rul   'uyu_bi,
Ka_shiful   kuru_bi,
Kerana Engkau Ya Allah Maha Pengampun akan dosa, 
Engkaulah yang membuka hati untuk bertaubat
Engkau Penutup yang 'aib, 
Engkau melenyapkan segala kedukaan

Wa  atu_bu   ilayhi   minadz   dzunu_bil   lati_   a'lam,   
wadz dzunu_bil   lati_  la_  a'lam,
Dan aku bertaubat dari segala dosa yang aku ketahui,
atau yang tidak aku ketahui,
In_naka   ant_ta   'alla_mul   ghuyu_bb,
Hanya Engkaulah Ya Allah yang mengetahui semua yang tersembunyi,

La_  hhawla  wala_  quw_wata   illa_  billa_hil   'aliyyil   'azhi_m
Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung

Alla_hum_ma   in_ni_   na_dimun   'ala_   kulli   ma'ssiyatin,
Irtakabtuha_   warzuqni_    sso_diqon  fi_   dza_lik,
Ya Allah, sesungguhnya aku menyesali atas semua perbuatan maksiat yang aku lakukan,
Dan berilah aku petunjuk agar aku dapat benar2 dalam hal ini,

Wa in_ni_   bari_un   'an   kulli   di_niy_   yukho_lifu   di_nal   isla_m,
Aku melepaskan diri dari semua ugama selain dari ugama Islam,

Alla_hum_ma   ind_dakholash   shirku   wash shaku  
fi_   i_ma_ni_   wataw   hhi_di_,   tubtu   ilayka   waghfirli_ ,
Ya Allah, jika sekiranya pernah aku syirik dan syak dalam keimananku dan pengesaan ku terhadap Engkau, aku bertaubat dan ampunilah kesalahanku,

Wa  qultu   ana_    ash hadu   al   la_ila_ha   illalla_hu
Wa  ash hadu   an_na   mu hham_madar    rosu_lulla_h.
Akhirnya aku mengucapkan dan mentasdikkan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.
Amalkan melafaz do'a taubat besar ini selepas solat fardhu

C- MELAKUKAN SUNAT SOLAT TAUBAT
Daripada Abu Bakar RA katanya : Aku dengar Rasulullah SAW bersabda :
"Tiada seorang hamba itu melakukan suatu dosa, lalu dia mengelokkan bersucinya (berwuduk), kemudian dia berdiri dan bersolat 2 rakaat, kemudian dia beristighfar kepada Allah, melainkan Allah akan mengampunkan dosanya".

CARA SOLAT SUNAT TAUBAT
Sebaik2 waktu solat ialah pada 2/3 malam

1- Mandi wajib dan berwuduk


NIAT SOLAT SUNAT TAUBAT
Ussolli_   sun_natat   tawbati   rok'atayni   lilla_hi   ta'a_la_
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala

2- Solat 2 rakaat seperti biasa, selepas Al Fatihah, baca :-

- Surah Al Kaafirun pada rakaat pertama
- Surah Al Ikhlas pada rakaat kedua


SURAH AL KAAFIRUUN
1- Qul   ya_ayyuhal   ka_firu_n
Katakanlah (wahai Muhammad) :"Hai orang2 kafir!;

2- La_ a'budu   ma_ta'budu_n
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah;

3- Wala_   ant_tum   'a_bidu_na   ma_a'budd
Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah;

4- Wala_   ana'a_   bidum_ma_   abadtum
Dan aku tidak beribadat secara kamu beribadat

5- Wala_   ant_tum   'a_bidu_na   ma_a'budd
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat;

6- Lakum   di_nukum   waliyadi_n
Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".
SURAH AL IKHLAS
1- Qul   huwalla_hu   a hhadd
Katakanlah (wahai Muhmmad): "Tuhanku ialah (Allah) yang Maha Esa;

2- Alla_huss   ssomadd
Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3- Lam   yalid   walam   yu_ladd
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4- Walam   yakullahu   kufuwan   a hhadd
Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya"

3- Baca Tasbih Nabi Yunus 40 kali semasa sujud akhir rakaat kedua 
selepas baca Tasbih biasa (subhha_na   robbiyal   a'la_   wabi hhamdih -3 kali)

TASBIH NABI YUNUS
La_ila_ha   illa_   ant_ta   sub hha_naka   in_ni_   kunt_tu   minaz   zho_limi_n
Tiada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (ya Allah), 
Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku), sesungguhnya aku adalah dari orang2 yang menzalimi diri sendiri

SELEPAS SALAM :-
1 - BACA ISTIGHFAR  10/100 KALI
2 - BACA ISTIGHFAR TAUHID 10/100 KALI
3 - BACA SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR) 3 KALI

1 comment: