Ketiga2 amalan ini boleh dilakukan bila2 masa, tidak khusus di waktu wirid solat sahaja. Malah, walaupun semasa berhadas besar.
Lakukanlah dengan hati yang sedar, yakni tidak lalai/khayal, semoga diterima dan diganjari oleh Allah SWT.
BERZIKIR
- ANTARA KELEBIHAN2 BERZIKIR
- ZIKRULLAH PILIHAN (1)
- KALIMAT2 ZIKRULLAH UCAPAN HARIAN (13)
BERSELAWAT
- ANTARA KELEBIHAN2 BERSELAWAT
- SELAWAT RINGKAS (2)
BERDO'A
- ANTARA WAKTU2 MUSTAJAB BERDO'A
- ADAB2 BERDO'A
- ANTARA SEBAB2 DO'A TIDAK MAKBUL
- PEMBUKA DO'A RINGKAS (2)
- PENUTUP DO'A RINGKAS
- DO'A PILIHAN
- KALIMAT2/DO'A2 AKTIVITI SEHARIAN (7)
BERZIKIR
Bererti mengingati Allah dengan selalu menyebut2 dan memuji2 Allah SWT.
AYAT 41-42 SURAH AL AHZA_B (33:41-42)
FIRMAN ALLAH SWT :-
Wahai orang2 yang beriman; ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak2nya,
Dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.
ANTARA KELEBIHAN2 BERZIKIR :-
1) Dilimpahi rahmat dan keredhaan Allah serta dimurahkan rezeki
2) Benteng diri dari jerat/tipu daya syaitan dan dari kejahatan2 yang sentiasa mengancam kita, serta menjauhi sifat munafik.
3) Zikir adalah makanan hati dan rohani yang dapat :-
- Melembut hati dan mengubat peyakit hati akibat dari dosa2 lalu
- Mententeramkan jiwa, menghilangkan kerisauan, kesedihan dan kesepian.
4) Meningkatkan ketaqwaan dan mutu keimanan.
5) Mencerahkan wajah.
KALIMAT2 ZIKRULLAH UCAPAN HARIAN
JANGAN LUPA UCAPKAN SETIAP KALI ANDA :-
JANGAN LUPA UCAPKAN SETIAP KALI ANDA :-
MEMULAI SESUATU PERKARA |
Bismilla_hir rohhma_nir ro hhi_m Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani |
TERLUPA BISMILLAH... |
Bismilla_hi awwalahu wa a_khiroh Dengan nama Allah pada awalnya dan pada akhirnya |
MENDENGAR/MELIHAT SESUATU YANG TIDAK BAIK |
Subhha_nalla_h Maha Suci Allah |
- RASA BERSYUKUR KEPADA ALLAH -TELAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA - SENDAWA/BERSIN |
Alhhamdulilla_h Segala puji tertentu bagi Allah |
MENDENGAR/MELIHAT SESUATU YANG MENAKJUBKAN |
Alla_hu akbar Allah Maha Besar |
BERFIKIRAN/BERASA TIDAK MENENTU |
La_ila_ha il lalla_h Tiada Tuhan selain Allah |
SEDAR TERBUAT SESUATU DOSA |
Astaghfirulla_h Aku mohon keampunan Allah |
BERHASRAT AKAN MEMBUAT SESUATU PERKARA |
In sha_ alla_h Dengan izin Allah |
MELAHIRKAN PENGHARGAAN/KEGEMBIRAAN |
Ma_ sha_ alla_h Itu atas kehendak Allah |
MENDENGAR/MELIHAT SESUATU PERKARA BURUK |
Na'u_dzu billa_hi mindz_ dza_lik Kami berlindung dengan Allah dari yang demikian itu. |
MENDAPAT TAHU AKAN SESUATU MUSIBAH/KEMATIAN |
In_na_ lilla_hi wain_na_ ilayhi ro_ji'u_n Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali |
BERSELAWAT
Bererti memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada Nabi Muhammad SAW.
Berselawat harus dengan niat, penuh hormat dan ikhlas, serta rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
AYAT 56 SURAH AL AHZA_B (33:56)
FIRMAN ALLAH SWT :-
Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad SAW) ; Wahai orang2 yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Selawat Allah ke atas hambaNya ialah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemuliaan dan keberkatanNya.
ANTARA KELEBIHAN2 BERSELAWAT
1) Allah membalas 10 kali ganda, dihapuskan 10 kesalahan dan dinaikkan 10 darjat.
2) Do'a tanpa selawat tidak dimakbul Allah SWT.
3) Mendapat syafa'at Nabi SAW pada Hari Kiamat.
4) Mendapat do'a Malaikat.
AYAT 56 SURAH AL AHZA_B (33:56)
FIRMAN ALLAH SWT :-
Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad SAW) ; Wahai orang2 yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Selawat Allah ke atas hambaNya ialah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemuliaan dan keberkatanNya.
ANTARA KELEBIHAN2 BERSELAWAT
1) Allah membalas 10 kali ganda, dihapuskan 10 kesalahan dan dinaikkan 10 darjat.
2) Do'a tanpa selawat tidak dimakbul Allah SWT.
3) Mendapat syafa'at Nabi SAW pada Hari Kiamat.
4) Mendapat do'a Malaikat.
BERDO'A
Bererti memohon kepada Allah SWT.
AYAT 186 SURAH AL BAQARAH (2:186)
FIRMAN ALLAH SWT :-
Dan apabila hamba2Ku bertanya kepada mu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka) ;
Aku perkenankan permohonan orang yang berdo'a apabila ia berdo'a kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
ANTARA WAKTU2 MUSTAJAB BERDO'A :-
- Di tengah malam
- Semasa sujud
- Selepas solat
- Semasa berpuasa
ADAB2 BERDO'A :-
- Mengadap kiblat dan menadah tangan.
- Kusyu', merendah diri, penuh harap dan tidak tergesa2.
- Bersuara lembut, tidak terlalu kuat atau terlalu perlahan.
- Mendahului do'a dengan tahmid kemudian selawat.
- Mengakhiri do'a dengan selawat kemudian tahmid.
ANTARA SEBAB2 DO'A TIDAK MAKBUL :-
- Do'a tanpa tahmid dan selawat
- Makanan dan pakaian dari sumber yang haram.
- Berdo'a dengan hati yang lalai dan tidak bersungguh2.
- Tidak bertaubat
- Kurang beristighfar dan berzikir.
KALIMAT2/DO'A2 AKTIVITI SEHARIAN (7)
DO'A MASUK RUMAH |
Bismilla_hi walajna_ wabismilla_hi kharojna_ wa'ala_ robbana_ tawakkalna_.
Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal.
|
DO'A SEBELUM MAKAN |
Alla_hum_ma ba_rik lana_ fi_ma_ rozaqtana_ waqina_ 'adza_ban_ na_r
Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Dikau limpahkan kepada kami dan jauhkanlah kami dari siksa neraka.
|
DO'A MASUK TANDAS |
Alla_hum_ma in_ni_ a'u_dzubika minal khubtsi walkhoba_i tsi
Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina.
|