BERZIKIR, BERSELAWAT DAN BERDO'A adalah 3 ibadah/amalan harian wajib dan perlu selain dari BERSOLAT, MEMBACA AL QURAN DAN BERISTIGHFAR.
Ketiga2 amalan ini boleh dilakukan bila2 masa, tidak khusus di waktu wirid solat sahaja. Malah, walaupun semasa berhadas besar.
Lakukanlah dengan hati yang sedar, yakni tidak lalai/khayal, semoga diterima dan diganjari oleh Allah SWT.
BERZIKIR
- ANTARA KELEBIHAN2 BERZIKIR
- ZIKRULLAH PILIHAN (1)
- KALIMAT2 ZIKRULLAH UCAPAN HARIAN (13)
BERSELAWAT
- ANTARA KELEBIHAN2 BERSELAWAT
- SELAWAT RINGKAS (2)
BERDO'A
- ANTARA WAKTU2 MUSTAJAB BERDO'A
- ADAB2 BERDO'A
- ANTARA SEBAB2 DO'A TIDAK MAKBUL
- PEMBUKA DO'A RINGKAS (2)
- PENUTUP DO'A RINGKAS
- DO'A PILIHAN
- KALIMAT2/DO'A2 AKTIVITI SEHARIAN (7)
BERZIKIR
Bererti mengingati Allah dengan selalu menyebut2 dan memuji2 Allah SWT.
AYAT 41-42 SURAH AL AHZA_B (33:41-42)
FIRMAN ALLAH SWT :-
Wahai orang2 yang beriman; ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak2nya,
Dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.
ANTARA KELEBIHAN2 BERZIKIR :-
1) Dilimpahi rahmat dan keredhaan Allah serta dimurahkan rezeki
2) Benteng diri dari jerat/tipu daya syaitan dan dari kejahatan2 yang sentiasa mengancam kita, serta menjauhi sifat munafik.
3) Zikir adalah makanan hati dan rohani yang dapat :-
- Melembut hati dan mengubat peyakit hati akibat dari dosa2 lalu
- Mententeramkan jiwa, menghilangkan kerisauan, kesedihan dan kesepian.
4) Meningkatkan ketaqwaan dan mutu keimanan.
5) Mencerahkan wajah.
ZIKRULLAH PILIHAN
|
Subhha_nalla_hi walhhamdu lilla_hi wala_ila_ha illalla_hu walla_hu akbar. Wala_ hhawla wala_ quwwata illa_ billa_hil 'aliyyil 'azhi_m. Maha Suci Allah dan segala puji tertentu bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada upaya selain dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. |
KALIMAT2 ZIKRULLAH UCAPAN HARIAN
JANGAN LUPA UCAPKAN SETIAP KALI ANDA :-
MEMULAI SESUATU PERKARA
|
Bismilla_hir rohhma_nir ro hhi_m
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani |
TERLUPA BISMILLAH...
|
Bismilla_hi awwalahu wa a_khiroh
Dengan nama Allah pada awalnya dan pada akhirnya |
MENDENGAR/MELIHAT SESUATU YANG TIDAK BAIK
|
Subhha_nalla_h Maha Suci Allah |
- RASA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
-TELAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA
- SENDAWA/BERSIN
|
Alhhamdulilla_h
Segala puji tertentu bagi Allah |
MENDENGAR/MELIHAT SESUATU YANG MENAKJUBKAN
|
Alla_hu akbar
Allah Maha Besar |
BERFIKIRAN/BERASA TIDAK MENENTU
|
La_ila_ha il lalla_h
Tiada Tuhan selain Allah |
SEDAR TERBUAT SESUATU DOSA
|
Astaghfirulla_h
Aku mohon keampunan Allah |
BERHASRAT AKAN MEMBUAT SESUATU PERKARA
|
In sha_ alla_h
Dengan izin Allah |
MELAHIRKAN PENGHARGAAN/KEGEMBIRAAN
|
Ma_ sha_ alla_h Itu atas kehendak Allah |
UCAPKAN TERIMA KASIH
|
Jaza_kalla_hu khayran (kepada seorang lelaki)
Jaza_killa_hu khayran (kepada seorang perempuan)
Jaza_kumalla_hu khayran (kepada 2 lelaki atau 2 perempuan)
Jaza_kumulla_hu khayran (kepada ramai lelaki)
Jaza_kun_nalla_hu khayran (kepada ramai perempuan)
Semoga kamu diganjari Allah dengan kebaikan.
|
MENDENGAR/MELIHAT SESUATU PERKARA BURUK
|
Na'u_dzu billa_hi mindz_ dza_lik
Kami berlindung dengan Allah dari yang demikian itu. |
MENDAPAT TAHU AKAN SESUATU MUSIBAH/KEMATIAN
|
In_na_ lilla_hi wain_na_ ilayhi ro_ji'u_n Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali |
TELAH MELAKUKAN SESUATU USAHA
|
Hhasbunalla_hu wani'mal waki_lu
Wala_ hhawla wala_ quwwata illa_ billa_hil 'aliyyil 'azhi_m.
ATAU
Hhasbiyalla_hu wani'mal waki_lu
Wala_ hhawla wala_ quwwata illa_ billa_hil 'aliyyil 'azhi_m.
Cukup bagiku Allah menjadi penolong dan sebaik2 pelindung.
Tiada daya dan tiada upaya selain dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
|
BERSELAWAT
Bererti memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada Nabi Muhammad SAW.
Berselawat harus dengan niat, penuh hormat dan ikhlas, serta rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
AYAT 56 SURAH AL AHZA_B (33:56)
FIRMAN ALLAH SWT :-
Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad SAW) ; Wahai orang2 yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Selawat Allah ke atas hambaNya ialah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemuliaan dan keberkatanNya.
ANTARA KELEBIHAN2 BERSELAWAT
1) Allah membalas 10 kali ganda, dihapuskan 10 kesalahan dan dinaikkan 10 darjat.
2) Do'a tanpa selawat tidak dimakbul Allah SWT.
3) Mendapat syafa'at Nabi SAW pada Hari Kiamat.
4) Mendapat do'a Malaikat.
SELAWAT RINGKAS 1
|
Alla_hum_ma ssolli 'ala_ sayyidina_ mu hham_madiw_
Wa'ala_ a_li sayyidina_ mu hham_madd.
Ya Allah, selawatkanlah Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
Dan keluarga Junjungan kami Nabi Muhammad SAW.
|
SELAWAT RINGKAS 2
|
Alla_hum_ma ssolli wasallim 'ala_ sayyidina_ mu hham_madiw_
Wa'ala_ a_lihi wa ssohhbihi ajma'i_n.
Ya Allah, selawatkanlah dan sejahterakanlah Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
Dan keluarga serta sahabat2nya sekelian.
|
BERDO'A
Bererti memohon kepada Allah SWT.
AYAT 186 SURAH AL BAQARAH (2:186)
FIRMAN ALLAH SWT :-
Dan apabila hamba2Ku bertanya kepada mu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka) ;
Aku perkenankan permohonan orang yang berdo'a apabila ia berdo'a kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
ANTARA WAKTU2 MUSTAJAB BERDO'A :-
- Di tengah malam
- Semasa sujud
- Selepas solat
- Semasa berpuasa
ADAB2 BERDO'A :-
- Mengadap kiblat dan menadah tangan.
- Kusyu', merendah diri, penuh harap dan tidak tergesa2.
- Bersuara lembut, tidak terlalu kuat atau terlalu perlahan.
- Mendahului do'a dengan tahmid kemudian selawat.
- Mengakhiri do'a dengan selawat kemudian tahmid.
ANTARA SEBAB2 DO'A TIDAK MAKBUL :-
- Do'a tanpa tahmid dan selawat
- Makanan dan pakaian dari sumber yang haram.
- Berdo'a dengan hati yang lalai dan tidak bersungguh2.
- Tidak bertaubat
- Kurang beristighfar dan berzikir.
PEMBUKA DO'A RINGKAS 1
|
Bismilla_hir rohhma_nir ro hhi_m.
Alhhamdulilla_hi robbil 'a_lami_n.
Alla_hum_ma ssolli 'ala_ sayyidina_ mu hham_madiw_
Wa'ala_ a_li sayyidina_ mu hham_madd.
Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbir sekelian Alam,
Ya Allah, selawatkanlah Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
Dan keluarga Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
|
PEMBUKA DO'A RINGKAS 2
|
Bismilla_hir rohhma_nir ro hhi_m.
Alhhamdulilla_hi robbil 'a_lami_n.
Alla_hum_ma ssolli wasallim 'ala_ sayyidina_ mu hham_madiw_
Wa'ala_ a_lihi wa ssohhbihi ajma'i_n.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbir sekelian Alam,
Ya Allah, selawatkanlah dan sejahterakanlah Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
Dan keluarga serta sahabat2nya sekelian.
|
PENUTUP DO'A RINGKAS
|
Wa ssol lalla_hu 'ala_ sayyidina_ mu hham_madiw_
Wa'ala_ a_lihi wa ssohhbihi wasallam.
Walhhamdu lilla_hi robbil 'a_lami_n.
Dan selawat Allah ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
Dan ke atas keluarga serta sahabat2nya sekelian.
Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbir sekelian Alam.
|
DO'A PILIHAN
|
Robbana_ a_tina_ fiddun ya_ hhasanataw_ wafil a_khiroti hhasanah, Waqina_ 'adza_ban_ na_r. Ya Allah, kami memohon kepada Mu kebajikan di dunia dan kebajikan di Akhirat, Dan jauhkanlah kami dari siksa neraka. |
KALIMAT2/DO'A2 AKTIVITI SEHARIAN (7)
KALIMAT2 BILA MENGAMBIL UBAT/SUPPLEMENT
(Allah SWT Yang menyembuhkan, ubat/supplement hanyalah alat/media)
|
Bismilla_hir rohhma_nir ro hhi_m.
Hhasbunalla_hu wani'mal waki_lu atau Hhasbiyalla_hu wani'mal wakilu,
Wala_ hhawla wala_ quwwata illa_ billa_hil 'aliyyil 'azhi_m.
Alla_hum_ma ssolli 'ala_ sayyidina_ mu hham_madiw
Wa'ala_ a_li sayyidina_ mu hham_mad.
Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Cukuplah bagiku Allah menjadi Penolong dan sebaik2 Pelindung.
Dan tiada daya dan tiada upaya selain dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Ya Allah, selawatkanlah Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
dan keluarga Junjungan kami Nabi Muhammad SAW.
|
DO'A NAIK KENDERAAN
|
Subhha_nal ladzi_ sakh khoro lana_ ha_dza_ Wama_ kun_na_ lahu muqrini_n Wa in_na_ ila_ robbina_ lamunq_qolibu_n Maha suci Allah yang memudahkan perjalanan ini bagi kami, Dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya jika tidak kerana kurnia Allah, Dan sesungguhnya, kepada Tuhan kami, kami akan kembali |
DO'A KELUAR RUMAH
|
Bismilla_hi a_mant_tu billa_hi tawakkaltu 'alalla_hi, La_ hhawla wala_ quwwata illa_ billa_hil 'aliyyil 'azhi_m. Dengan nama Allah, aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada Allah, Tiada daya dan tiada upaya selain dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. |
DO'A MASUK RUMAH
|
Bismilla_hi walajna_ wabismilla_hi kharojna_ wa'ala_ robbana_ tawakkalna_.
Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal.
|
DO'A SEBELUM MAKAN
|
Alla_hum_ma ba_rik lana_ fi_ma_ rozaqtana_ waqina_ 'adza_ban_ na_r
Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Dikau limpahkan kepada kami dan jauhkanlah kami dari siksa neraka.
|
DO'A SELEPAS MAKAN
|
Alhhamdu lilla_hi ladzi_ att'amana_ wasaqo_na_ waja'alana_ muslimi_n.
Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah memberi kami makan dan minum dan Yang menjadikan kami daripada kalangan umat Islam.
|
DO'A MASUK TANDAS
|
Alla_hum_ma in_ni_ a'u_dzubika minal khubtsi walkhoba_i tsi
Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina.
|